Friday, 16 March 2012

Kesetian Wanita(SOLEHA)



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu~ 

WANITA.... INGATLAH....SIAPAKAH DIRIMU~


dirimu(wanita) diciptakan untuk sumber kebahagian kepada lelaki(suami)
dan bukan untuk dikagumi semua lelaki(bukan muhrim)....
ingat2 kan lah wahai kaum HAWA.....  

Wednesday, 14 March 2012

~Kaum ADAM itu memimpin Kaum HAWA~


Sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna..
dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku..
agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku..
agar rohaniku terisi hikmahNya..
dan akhlakku terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku..
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..
Sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku..
agar satu hari,,jika ujian itu dtg..
air mataku ada yg menghapuskan..
Sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku..
agar aku terus berada di atas jln yg benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..agar bila aku kelesuan..
kau mampu memberi bantuan..
walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku..
agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..
tanpa rasa ragu..
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian..
agar aku boleh ketawa riang..



Satu ketika kau akan menjawab…
“Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI



Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku


Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi
Imam,,Penjaga,,Pendidik,,
Pemerhati,,Peneman,,Pembela,,
Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,,
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu…
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,,
menemanimu,,
memerhatikanmu,,
mendidikmu,,
membelamu,,
menggerakkanmu,,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu..
Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi..
“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.. 

Tuesday, 13 March 2012

~Apabila Wanita Baik Bertemu Lelaki Jahat!~



[ Itu....Ini...kata mereka ]



Bab menggoda

wanita = dia berbual mesra dengan saya hanya dengan satu tujuan....mahu memikat
saya!
lelaki = sebenarnya saja mahu test power. Nak tgk dia mudah tergoda atau pun tidak.
Tapi sebenarnya saya lebih bersikap peramah dan saja mahu berbual.

Kali pertama dating

wanita = antara saat terindah dalam hidup saya. Tapi mana dia hendak bawa saya?
Menikmati hidangan di restoran mewah atau menyusuri pantai sambil milihat
matahari terbenam. Wow! romantisnya. 
lelaki = saat yang bakal membuatkan poket saya menjadi rabak. bukan setakat 
makan-makan sahaja, mungkin juga si dia mahukan hadiah berharga dari 
saya. Habislah!

Hati...

wanita = a part of my body that i gave away anda never want it back!
lelaki = organ dalaman yang turut membantu proses pernafasan



Bekas kekasih...

wanita = seseorang yang telah meninggalkan sejuta kenangan pahit manis dalam
hidup saya.
lelaki = siapa? alamak! saya tak pernah ingat sesiapa yang pernah menjadi bekas
kekasih saya. tak pentingkan??

Kekasih baru...

wanita = biarlah bercinta bersamanya kekal selama-lamanya.
lelaki = mungkin dia juga bakal menjadi seperti kekasih saya yang terdahulu.
sejarah mungkin berulang? who knows?


Telefon...

wanita = alat komunikasi untuk berhubung antara satu sama lain
lelaki = alat yang digunakan oleh kaum wanita untuk bergosip antara satu sama lain

Kesunyian...

wanita = tanpanya...hidup saya kesunyian
lelaki = saya tak pernah sunyi dalam 365 hari sebabnya saya ada ramai
kawan-kawan yang boleh menceriakan hari-hari saya


Kehilangan seseorang...

wanita = saya masih berharap agar suatu hari nanti saya dipertemukan
dengannya semula
lelaki = kehilangan sesorang? yang hilang pasti akan berganti. jadi hendak buat apa
terus mengharap dan mendambakan kehadirannya semula. life must goes on beb!

Berpegangan tangan...

wanita = bila cinta sudah termeteri, si dia seolah-olah tidak mahu melepaskan
tangannya dari genggaman saya
lelaki = hei! saya bukan budak kecik lagilah, lepaskan tangan saya

Airmata...

wanita = ia boleh memberikan kelegaan tatkala stres, sedih dan kecewa.
lelaki = senjata yang digunakan oleh kaum wanita untuk mendapatkan
perhatian lelaki


Membeli-belah..

wanita = salah satu terapi untuk mengubati kesunyian, tekanan dan paling penting
ia membuatkan saya gembira
lelaki = bila kaum wanita stres, mereka pergi shopping. bila happy, mereka pergi
shopping juga. apa yang tak kene dengan mereka nih?

Ungkapan i love you..

wanita = selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan, sudah semakin jarang si
dia mengungkapnya
lelaki = untuk apa selalu mengungkapnya jika maknanya semakin dilupai?


Ketika hati terluka..

wanita = menangis, melihat gambar-gambar ketika bersama, bersendirian
di kamar...semuanya untuk memujuk hati yang terluka.
lelaki = banyak perkara yang boleh dilakukan. keluar bersama kawan-kawan lelaki,
beriadah, flirt sana sini.... dan saya akan sembuh dalam masa 3 hari

Pengakuan: "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negeri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah sempadan Jordania-Israel. 

Sampai di daerah sempadan, ketika rombongannya Syeikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. 
Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "kenapa?" 
Dia pun menjawab "di dalam kitab kami ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur." 
Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."Mendengar kata-kata ini Syeikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh boleh ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.
Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam dapat meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. 

CARA SUJUD YANG SALAH!

Sila check cara solat anak masing2. Budak2 suka sangat sujud gini..tegur sekarang jangan nanti sampai besar lekat cara sujud gini..sebar2kan kepada saudara Islam kita yang lain

Monday, 12 March 2012

~Couple Dan Hukumannya~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


BERCOUPLE.. Setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan??

CINTA.. Fitrah setiap manusia. Manusia diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga).. (Surah Ali Imran: 14)

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelah wafatku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrahg manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadariNya..

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH SWT berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (Surah Ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat..
Renung-Renungkan..

(Buletin Shoutul Iman)

~MARI KITA BERKAHWIN AWAL~

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

Syaitan, Iblis dan Politik


Tersebut dalam kitab Al-Arais kerangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya:Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Tuhannya:

IBLISHai Tuhanku,telah Engkau laknat akan daku dan telah engkau keluarkan aku dari dalam syurga dan telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam (anak cucu Adam) telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah pula Rasul-rasulku?

ALLAH SWTRasul-rasulmu ialah tukang tenung.

IBLIS: Apakah kitab-kitabku?

ALLAH SWTWasyam yakni hikayat atau dongengan.

IBLIS: Apakah hadisku?

ALLAH SWTHadismu ialah dusta.

IBLISApakah bacaanku?

ALLAH SWT: Bacaanmu ialah syair.

IBLISSiapakah tukang azan (mu'azzin) bagiku?

ALLAH SWTMu'azzinmu ialah seruling,serunai (mizmar).

IBLISApakah rumahku?

ALLAH SWTRumahmu ialah tandas.

IBLIS: Apakah masjidku?

ALLAH SWTMasjidmu ialah pasar (pekan).

IBLISApakah makananku?

ALLAH SWT: Makananmu yang tidak dibaca bismillah atasnya.

IBLIS: Apakah minumanku?

ALLAH SWTMinumanmu ialah minuman yang memabukkan.

IBLISSiapakah pukatku (jaringku)?

ALLAH SWTJaringmu ialah perempuan.

____________________________________________________________________

Dari Wahab bin Munabbah berkata dia:"Allah SWT telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah S.A.W dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Rasulullah S.A.W kepadanya.Maka sampailah iblis dihadapan Rasulullah S.A.W.Iblis menjelma sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat.

RASULULLAH S.A.WSiapakah engkau ini?

IBLIS : Aku adalah iblis.

RASULULLAH S.A.WMengapa engkau datang ke sini?

IBLISSesungguhnya aku telah disuruh oleh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

RASULULLAH S.A.WHai Iblis,berapakah musuhmu daripada umatku?

IBLISAda 15 belas musuhku:
  1. Engkau sendiri (Rasulullah s.a.w)
  2. Raja yang adil.
  3. Orang kaya yang merendah diri.
  4. Saudagar yang jujur.
  5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah.
  6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.
  7. Orang mukmin yang pemurah.
  8. Orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tetap dalam taubatnya.
  9. Orang yang tidak suka pada benda yang haram.
  10. Orang yang sentiasa berwudhuk.
  11. Orang mukmin yang banyak sedekahnya.
  12. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.
  13. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya.
  14. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.
  15. Orang mukmin yang asyik beribadat di waktu malamhari sedang orang lain dalam tidur nyenyak.
RASULULLAH S.A.WSiapakah sahabat-sahabatmu?

IBLISSahabat-sahabatku ada 10 jenisnya:
  1. Sultan yang zalim.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Saudagar yang khianat.
  4. Peminum arak dan tuak.
  5. Orang yang selalu berkelahi.
  6. Orang yang mengerjakan zina.
  7. Orang yang makan harta anak yatim.
  8. Orang yang meringankan solat.
  9. Orang yang menahan zakat.
  10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang.